Khamis, 11 Jun 2009

Ketupat Squid ala Kampung

Kawan2, result kita dah kuar...

eh, salah taip, ya kawan-kawan, tujuan saya bersiaran kali ini bukanlah untuk mengdiskusikan result kita itew, kerna saya bersyukur ya kawan - kawan, walau hampeh tetapi lulus jua.

Baiklah bebalik kepada tajuk kita sebentar tadi (jap eh, nak switch mood)

'Who is the world's greatest cook kawan - kawan?' tanyaku kepada sekumpulan anak muda yang sedang alpa dengan dunia pada suatu petang. 'mak aku!!!!!' diorang jawab in unison, lagak seperti choral speaking lagaknya

Ya kawan, betapa jauh kita merantau, bila nak mentekedarah, kita tetap ingat msakan emak di kampung yg sedap, warm and humble lagaknya.

Begitulah juga kesnya dengan mak saya, never fail to prepare something when his beloved son yang bongsu ni balik rumah, nasi lemak la (my personal favourite) sup ayam la, laksa penang la, nasi kerabu la atau Terengganu Special, nasi dagang! haaaaa!

But sometimes, when her chef wan mood kicking in, she pulled out her old, dusty cook book and began concocting something exotic and exciting (and when I say exotic, I dont mean katak masak kicap @ belalang kunyit gulai)

Pernahkah anda mendengar akan Ketupat Sotong ya kawan - kawan? ya, sotong bukan sahaja digunakan sebagai kata sopan (kononnya) untuk golongan tertentu di Malaysia yg kian bertambah itew, malahan digunakan dengan popularnya oleh suri - suri rumah di Terengganu untuk menggemukkan suami dan anak - anak mereka, especially this one I am referring to right now, banyak lemak seyhh! 

Anway, if you are native to Terengganu, this certain cooking is not that alien sebab ianya agak popular di sini. Anyway, meh kita jenguk - jenguk a few pictures that I snapped while me momm was busy working her magic ingredient, wooooosshhh!

Mula - mula  ya anak - anak, sediakan dulu nasi pulut, santan yang pekat likat and a few secret spices and herbs yang tidak akan diberitahu disini, (Kerna saya sendiri tak tahu) setelah itu gaul mesra mereka semua dan setelah itu sumbat-paksa ke dalam sotong yang telah dibersihkan sebentar tadi

Inilah rupanya ya adik - adik, sotong - sotong yang disumbat manja dengan semua itu tadi, kepalanya jgn dibuang ya, letakkan kambali kepalanya ke posisi asal dan cucuk ngan lidi @ toothpick.

Setelah itu, masukkan ke steamer, dan stimkan mereka untuk sebrapa lama ntah, saya sendiri juga enggak pasti.

Dah masak, apa lagi, melahap lah, gambar di atas adalh bagaimana one whole ketupat squid, before it it was effortlessly been consumed by anak jantan mak yang tak tahu malu ini. Notice the thick white kuah lemak yg melengkapkan rasanya yang lemak - lemak manis itew!!!

Okay, one last look sebelum ianya disumbat ke mulut, nasi pulut yang direndam dengan penuh kasih sayang bersama secret herbs and spices itu lagak teksturnya lebih kurang seperti ketupat palas biasa sahaja, namun sejurus ianya mendakap indah your tastebuds, akan terasa euphoria of lemak manis yang tak terkata itew!!!!, oh!

thanks mak! taknak balik shah alam!

 

6 ulasan:

Cahaya Pejuang berkata...

waa.....
mengalir air liur nih!

Romzi berkata...

nak? meh nak post

zawani badri berkata...

wow!
suh la mak ramzi turun ilmu kat wani!

Romzi berkata...

wani, haish, dengan anak beranak die pun die discreet, payah ni!

azim387 berkata...

Assalamualaikum saudara Ramzi.
Saya Mohd Azim dari Johor.
Saya sangat terhibur membaca post Ramzi. penuh dengan lawak jenaka.Saudara ni lucu lah!! :) Bukan itu sahaja,malah info yang diberi amat bagus untuk para blogger mencuba. Saya setujuk dengan kata-kata saudara yang menyatakan masakan ibu kita lah yang paling sedap. Insyaallah,saya akan terus mengikuti blog saudara ini.Sekian.Wassalam.

Romzi berkata...

kehadapan saudara AQzim, wah, saya terharu dengan ketulusan hati saudara itew! hmm, malas aku layan ko!